MS

 JABATAN OSC

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1.

Apakah itu Pusat Setempat (OSC)

Pusat Setempat (OSC) ditubuhkan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menyelaras dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan.

2.

Bagaimana cara untuk mengemukakan permohonan cadangan pemajuan di OSC?

Pemohon hendaklah mengemukakan pemohonan cadangan pemajuan secara serentak atau berasingan melalui laman
sesawang OSC 3.0Plus Online

3.

Apakah jenis-jenis permohonan yang dikemukakan di Jabatan OSC?

Permohonan Kebenaran Merancang, Permohonan Pelan Bangunan , Permohonan Pelan Kejuruteraan dan Permohonan Pelan Landskap.

4.

Siapakah orang yang berkelayakan mengemukakan permohonan di OSC?

Pemohon ialah orang berkelayakan yang mengemukakan permohonan kepada PBT selaras peruntukan akta-akta yang berkaitan.

5.

Berapa lamakah tempoh memproses permohonan di OSC sehingga mendapat kelulusan penuh?

Tempoh memproses dan mempertimbangkan permohonan adalah tertakluk kepada jenis permohonan di mana tempoh minima adalah 57 hari dan tempoh maxima adalah 99 hari.