MS

JABATAN BANGUNAN

BAHAGIAN KAWALAN BANGUNAN

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Siapakah yang layak mengemukakan permohonan pelan bangunan baharu dan  tambahan / ubahsuaian  kepada MBSJ?

Pemohon yang berkelayakan mengemukakan permohonan pelan tambahan/ ubahsuaian  bukan kediaman kepada MBSJ:-
•          Arkitek Berdaftar   -           kediaman / kedai/ kilang/ pejabat
•          Jurutera Berdaftar -           kilang / struktur Telco / Billboard
•          Pelukis Pelan Berdaftar    -           kediaman / kedai/
pejabat/ kilang (tidak melebihi 3000 kaki persegi dan tidak melebihi 2 tingkat)

2

Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa mengemukakan permohonan pelan bangunan baru?

Dokumen yang perlu dikemukakan semasa mengemukakan permohonan pelan tambahan/ ubahsuaian  bukan kediaman:-
•          Salinan cukai pintu terbaru yang telah dijelaskan
•          Salinan dokumen hak milik atau dokumen perjanjian jual beli
•          Salinan dokumen ‘Power Attorney’ jika berkenaan.

3

Apakah Dokumen yang perlu dikemukakan semasa mengemukakan permohonan pelan tambahan/ ubahsuaian  bukan kediaman?

Dokumen yang perlu dikemukakan semasa mengemukakan permohonan pelan tambahan/ ubahsuaian  bukan kediaman:-
•          Salinan resit cukai pintu terbaru yang telah dijelaskan.
•          Salinan dokumen hakmilik atau dokumen perjanjian jual beli
•          Salinan dokumen ‘tenancy agreement’ jika berkenaan.
•          Salinan Sijil Layak Menduduki / Sijil CCC

4

Apakah jenis permohonan bagi cadangan pengubahsuaian yang mana perlu dokumen surat perakuan penerimaan / surat kelulusan kebenaran merancang dari Jabatan Perancang Bandar, MBSJ?

Pengubahsuaian yang memerlukan surat perakuan penerimaan / surat kelulusan kebenaran merancang dari Jabatan Perancang Bandar, MBSJ adalah:-
•          Pengubahsuaian premis yang melibatkan perubahan kegunaan bangunan contohnya  kedai pejabat kepada asrama/ budget hotel/ pusat tuisyen.
•          Pengubahsuaian premis yang melibatkan perubahan bilangan Tingkat, keluasan bangunan sedia ada.
•          Pengubahsuaian premis yang melibatkan tambahan 50 % keluasan lantai asal bangunan sedia ada. (rumah kediaman sahaja)

5

Apakah jenis pelan yang perlu ada di dalam pelan bangunan?

Pelan yang perlu dikemukakan oleh perunding adalah:-
•          Pelan lokasi
•          Pelan tapak
•          Pelan lantai
•          Pelan bumbung
•          Pelan tampak hadapan , tepi dan belakang
•          Pelan keratan membujur dan melintang
•          Pelan sanitari

6

Berapa bilangan set pelan yang perlu dikemukakan?

1 set pelan linen dan 5 set pelan kertas yang diwarnakan.

UNIT KAUNTER BERSEPADU

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Berapa hari yang diperlukan untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan bagi tambahan dan ubahsuaian rumah kediaman?

Pemohon boleh mendapat kelulusan dalam tempoh 1 hari bekerja dengan syarat permohonan yang dikemukakan adalah lengkap serta mematuhi Garispanduan Kelulusan Pelan Bangunan MBSJ dan telah menjelaskan bayaran fi proses pelan juga cagaran sisi binaan.

2

Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya ingin membuat tambahan tingkat bagi rumah kediaman saya dari 1 tingkat ke 1 ½ tingkat?

Yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:
a)        Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang, Jabatan Perancangan Bandar, MBSJ beserentak dengan permohonan kelulusan pelan bangunan.

b)        Rumah kediaman jenis teres dibenarkan menambah bilangan tingkat seperti berikut :

i) Rumah teres 1 tingkat kepada 1 ½ tingkat
ii) Rumah teres 1 ½ tingkat kepada 2 tingkat
iii) Rumah teres 2 tingkat kepada 2  ½ tingkat
iv) Rumah teres 2 ½ Tingkat kepada 3 tingkat 

3

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pemilik rumah kediaman ingin meroboh dan membina semula rumahnya?

Yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:

a)        Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang, Jabatan Perancangan Bandar, MBSJ beserentak dengan permohonan kelulusan pelan bangunan.

b)        Pemohon dikehendaki mendapatkan kelulusan permit meroboh yang dikemukakan oleh Jurutera Perunding Bertauliah.

c)         Permohonan kelulusan permit sementara pembinaan untuk papan dendeng, pejabat tapak dan kabin pekerja.

4

Pelan dan dokumen yang diperlukan bagi mengemukakan permohonan tambahan dan ubahsuaian dan siapakah yang perlu saya lantik sekiranya saya ingin membuat tambahan/ubahsuaian rumah kediaman saya?

Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen seperti berikut:

i.          Borang A
ii.         Borang perakuan pemohon
iii.        Borang kiraan proses pelan, cagaran dan fee meletak bahan binaan.
iv.        Surat permohonan. (cover letter)
v.         1 salinan surat perjanjian jual beli/ 1 salinan hakmilik tanah.
vi.        1 salinan cukai pintu terbaru MBSJ. ( Jan-Jun/Jul- Dis)
vii.       1 salinan Sijil Layak Menduduki Tetap/ Sementara yang lengkap.( Surat dan Pelan Lulus Asal Bagi Permohonan Pindaan)
viii.      Surat Akuan
ix.        Gambar rumah sediada.
x.         Borang A beserta 1 set pelan struktur (linen) dan 1 set kiraan struktur daripada Jurutera Perunding bertauliah. ( Jika Berkenaan)
xi.        Salinan surat dan pelan kelulusan dari Jabatan Perancangan Bandar, MBSJ. (Jika tambahan melebihi 50% dari pelan lantai sediada dan / atau perubahan tingkat).
xii.       3 set pelan bangunan termasuk 1 set linen.

5

Apakah tindakan yang dikenakan jika saya membuat tambahan / ubahsuaian rumah kediaman tanpa kelulusan?

Pemilik kediaman akan dikenakan kompaun di bawah Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 (Akta 133) di bawah Seksyen 70 (11) dengan kadar kompaun baru berjumlah RM 12,500.00 bagi binaa yang mematuhi Garispanduan Pelan Bangunan, MBSJ.

ATAU

Tindakan Notis Mengosong dan Merobohkan Bangunan 30 hari di bawah Seksyen 72(6) Akta 133

6

Apa yang perlu dilakukan sekiranya arkitek yang telah di lantik mendapatkan rumah kediaman saya meninggal dunia?

Yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :
a)        Pemilik kediaman perlu mengemukakan surat pengesahan Lembaga Arkitek Malaysia.
b)        Pemilik dikehendaki melantik arkitek baru.

7

Apakah prosedur dan berapa hari yang diperlukan untuk mendapatkan kelulusan permit membina khemah di hadapan rumah / premis

Prosedur adalah seperti berikut :
a)        Pemohon boleh memuat turun borang melalui laman web rasmi Jabatan Bangunan MBSJ.
i) Borang permohonan permit harian memasang khemah di rumah kediaman / premis
- 1 salinan kad pengenalan (individu ) , 1 salinan SSM ( Jika Syarikat )
- 1 salinan Kad Jemputan Majlis.
b)        Pemohon dikehendaki mengisi borang tersebut dan mengemukakan permohonan di kaunter Ekspres MBSJ.
c)         Kelulusan akan diberi SERTA MERTA dengan syarat permohonan yang dikemukakan adalah lengkap.

8

Apakah prosedur yang diperlukan untuk menukar status rumah kediaman untuk dijadikan asrama?

Dasar terkini MBSJ tidak membenarkan rumah kediaman dijadikan sebagai asrama.

9

Apakah prosedur yang perlu saya lakukan sekiranya saya ingin membuat tambahan/ubahsuaian kecil bagi rumah kediaman saya iaitu hanya membina pagar dan ‘awning’ sahaja tanpa melibatkan kerja ‑ kerja pecahan dinding?

Prosedur yang perlu dilakukan seperti berikut:
a)        Pemohon perlu mengemukakan permohonan kelulusan Pelan Setara Kediaman dengan bayaran proses pelan berjumlah RM 100.00 bagi setiap kerja melalui pelukis pelan / Arkitek.
b)        Kelulusan akan diberi dalam tempoh 1 hari dengan syarat permohonan yang dikemukakan adalah lengkap dan telah menjelaskan bayaran fi.
c)        Dokumen yang diperlu dikemukakan adalah seperti berikut:

i. 1 Salinan hak milik
ii. 1 Salinan cukai pintu terbaru
iii. Surat Akuan
iv. 3 set pelan berwarna (bersaiz A3)
v. Borang lantikan tong roro beserta resit bayaran
vii. Laporan tapak dan gambar mengikut format MBSJ

10

Bagaimanakah proses pengemukaan Notis Penyiapan Berperingkat PSP kepada PBT?

Proses pengemukaan Notis Penyiapan Berperingkat PSP kepada PBT adalah seperti berikut:

PSP hanya perlu mengemukakan Notis Penyiapan Peringkat 1 (Substruktur - G1 hingga G3) kepada PBT melalui Kaunter OSC. PSP perlu mengawalselia kerja-kerja di peringkat 2 dan 3 (Substruktur dan Perkhidmatan Luaran/Dalaman - G4 hingga G21) dan memastikan borang-borang tersebut disahkan secara teratur beserta surat pelepasan daripada Agensi Teknikal berkaitan. Borang-borang G boleh dimuat turun dari laman web berikut :-
-           www.lam.gov.my
-           www.ljm.gov.my
-           www.pam.gov.my
-           www.acem.gov.my

11

Apakah prosedur yang diperlukan bagi mendapatkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) bagi rumah banglo saya yang telah siap sepenuhnya?

Prosedur yang diperlukan adalah seperti berikut:
a)        Arkitek wajib mengemukakan Borang B ( Notis Memulakan Kerja Bangunan Seksyen 70(9) Akta 133 ) sebelum memulakan kerja kerja pembinaan
b)        Arkitek perlu mengemukakan permohonan lawatan tapak interim sebelum lawatan tapak akhir.
c)        Arkitek perlu mengemukakan permohonan lawatan tapak akhir
d)        Arkitek perlu mengemukakan borang- borang G1 hingga G21  beserta dokumen sokongan ( Agensi Teknikal berkaitan ).

e)        Pihak PSP juga dikehendaki dalam tempoh 14 hari dari pengeluaran      CCC/CCC
f)        MBSJ memperakukan CCC setelah dokumen lengkap dan diterima.

12

Bagaimanakah proses pengeluaran CCC?

Prosedur yang diperlukan adalah seperti berikut:
a)        Arkitek wajib mengemukakan Borang B ( Notis Memulakan Kerja Bangunan Seksyen 70(9) Akta 133 ) sebelum memulakan kerja kerja pembinaan
b)        Arkitek perlu mengemukakan permohonan lawatan tapak interim sebelum lawatan tapak akhir.
c)        Arkitek perlu mengemukakan permohonan lawatan tapak akhir
d)        Arkitek perlu mengemukakan borang- borang G1 hingga G21  beserta dokumen sokongan ( Agensi Teknikal berkaitan ).
e)        Pihak PSP juga dikehendaki dalam tempoh 14 hari dari pengeluaran CCC/CCC
f)        MBSJ memperakukan CCC setelah dokumen lengkap dan diterima.

13

Apakah prosedur yang diperlukan bagi mendapatkan kelulusan permit perniagaan iaitu untuk membina khemah bagi tujuan jualan?

Prosedur yang diperlukan adalah seperti berikut :
a)        Pemohon dikehendaki mengisi borang permit sementara yang boleh didapati di laman web MBSJ.
b)        Dokumen yang diperlu dikemukakan adalah seperti berikut:
i) 1 salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
ii)  Surat tawaran / surat kebenaran pemilik bangunan / tanah.
iii) 1 salinan surat hakmilik / surat perjanjian jual beli.
iv) 1 salinan surat kelulusan bersyarat permit perniagaan sementara        daripada Jabatan Perlesenan, MBSJ
v) Surat kelulusan sewa petak kereta (jika berkaitan)
vi) 2 set pelan lakar bersaiz A3          
c)        Kadar harga khemah bagi satu hari berjumlah RM100.00 bagi satu unit khemah dengan ukuran maksimum 10 kaki x 20 kaki.
d)        Kadar harga tempat letak kereta bagi satu hari berjumlah RM 10.00 bagi satu unit / setiap hari.

14

Adakah pemasangan dinding dalaman / dinding sekat di premis kedai/pejabat/kilang  memerlukan kelulusan MBSJ?

Ya
Prosedur yang perlu dilakukan seperti berikut:
a)        Pemohon perlu mengemukakan permohonan permit pelan setara dinding sesekat (partition), pecahan dinding (party wall) dengan syarat keluasan tidak melebihi 3000 kaki persegi. Kadar bayaran adalah mengikut keluasan lantai dan dikemukakan Jabatan Bangunan,MBSJ
b)         Sekiranya keluasan lantai melebihi 3000 kaki persegi, permohonan perlu dikemukakan ke Jabatan OSC dan perlu mendapatkan sokongan dan kelulusan daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Jika tambahan melibatkan penambahan keluasan lantai atau tambahan tingkat permohonan perlu mendapatkan sokongan dan kelulusan daripada Jabatan Perancangan Bandar,MBSJ. Kadar bayaran adalah mengikut keluasan lantai

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN BANGUNAN

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Apakah tindakan yang boleh dikenakan oleh MBSJ sekiranya premis tidak mempunyai kelulusan pelan bangunan?

Pemilik kediaman akan dikenakan kompaun di bawah Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 (Akta 133) di bawah Seksyen 70 (11) dengan kadar kompaun baru berjumlah RM12,500.00.

ATAU

Tindakan Notis Mengosong dan Merobohkan Bangunan 30 hari di bawah Seksyen 72(6) Akta 133

2

Bagaimanakah pihak MBSJ melaksanakan tindakan penguatkuasaan?

Kawalan tindakan penguatkuasaan dilakukan melalui rondaan tapak. Aduan melalui SISPAA, surat dan email.

3

Adakah pihak MBSJ menjalankan tindakan peruntuhan bangunan di atas rezab tanah kerajaan?

Ya. MBSJ membantu pihak Pejabat Tanah Dan Daerah Petaling melaksanakan Penguatkuasaan Kanun Tanah Negara (KTN).

4

Apakah tindakan MBSJ terhadap projek terbengkalai dan projek bermasalah (keretakan Bangunan)?

Pihak MBSJ akan mengadakan lawatan siasatan tapak bagi mengenalpasti permasalahan yang terjadi. Penyediaan laporan teknikal akan dibuat bagi mencari jalan penyelesaian dan ianya akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Kecil Projek Terbengkalai dan Bermasalah. Pihak-pihak yang terlibat seperti pemaju, pembeli/pemilik, pihak Akitek/Jurutera serta agensi teknikal dalaman dan luaran yang terlibat akan dipanggil.

Berdasarkan Undang-Undang Kecil 258(1), Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984:-

258.   (1)       Jika berlaku apa-apa kemungkiran kepada mana-mana bangunan atau sebahagian daripada sesuatu bangunan, sama ada semasa pembinaan atau selepas disiapkan, orang berkelayakan yang ‑

(a)       mengemukakan pelan, lukisan atau kiraan bagi bangunan itu.
(b)       mengawasi pemancangan tanda bangunan itu.
(c)       memperakui bahawa pemancangan tanda itu telah dijalankan mengikut pelan tapak yang diluluskan.
(d)       mengawasi pembinaan bangunan itu.
(e)       memperakui bahawa pengawasan wajar bangunan itu telah dijalankan.

hendaklah dalam tempoh satu minggu selepas kejadian kemungkiran itu apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana dinyatakan oleh pihak berkuasanya tempatan yang dalam bidang kuasanya bangunan itu terletak -

1          melaporkan kemungkiran itu;
2          menerangkan sebab kemungkiran itu; dan
3          jika kemungkiran itu berlaku semasa pembinaan bangunan tersebut, menyatakan tindakan pemulihan yang telah diambil.

Berdasarkan Seksyen 71 Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974
(Akta 133) :-

Penalti kerana bangunan atau kerja ‑ tanah gagal.
Jika sesuatu bangunan atau sesuatu bahagian bangunan gagal , samada semasa pembinaannya atau selepas ia siap , atau jika terdapat apa ‑ apa kegagalan berhubung dengan sesuatu kerja ‑ tanah atau sesuatu bahagian daripada mana ‑ mana kerja ‑ tanah , samada pada masa perjalanan kerja ‑ tanah itu atau selepas ia siap , dan kegagalan itu adalah disebabkan oleh mana ‑ mana satu atau lebih daripada faktor ‑ faktor yang berikut ‑

(a)       bangunan atau bahagian bangunan itu atau kerja ‑ tanah atau bahagian daripada kerja ‑ tanah itu tersalahbina atau tidak adanya penyeliaan yang sepatutnya semasa pembinaannya;
(b)       bangunan atau bahagian bangunan itu atau kerja ‑ tanah atau bahagian daripada kerja ‑ tanah itu tersalahrekabentuk atau tersalah kira; atau
(c)       tersalahguna,

maka orang yang bertanggungjawab atas ‑

(aa)     salahbinaan atau tidak adanya penyeliaan yang sepatutnya itu ;
(bb)    salahrekabentukan atau salahkiraan itu; atau
(cc)     salahgunaan itu
boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada sepuluh tahun atau kedua ‑ duanya.

5

Apakah garispanduan anjakan bangunan bagi kerja ubahsuai bangunan kediaman di kawasan MBSJ?

BIL

ANJAKAN

BANGLO

ZERO LOT

SEMI D

TERES

1.

Anjakan Hadapan- Anjung Kereta (tertakluk tidak melebihi 20’ 0”)

7’ 6’’

7’ 6’’

7’ 6’’

7’ 6’’

2

Anjakan Hadapan

Unjuran bumbung

17 ’6”

17’ 6”

17’6”

17’6”

Dinding

20 ’0”

20’ 0”

20’ 0”

20’ 0”

3.

 Anjakan Tepi

Unjuran bumbung

7 ’6”

13’ 0”

7 ’6”

 

 

 

Dinding

10 ’0”

20’ 0”

7 ’6”

 

4.

Anjakan Belakang

Unjuran bumbung

7 ’6”

7 ’6”

7 ’6”

 

Dinding

10’ 0”

10’ 0”

10’ 0”

 

5.

Anjakan Lot Penjuru (Corner Lot)

Unjuran bumbung

17’ 6”

17’ 6”

17’ 6”

7’ 6” atau 2’ 6”

Dinding

20’ 0”

20’ 0”

20’ 0”

10’ 0” atau 5’00”