MS

JABATAN KESIHATAN

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Berapa lamakah tempoh sah laku suntikan Ty2?

3 Tahun.

2

Di manakah pengendali makanan boleh mendapatkan suntikan Ty2?

Di mana-mana Klinik Kerajaan atau Swasta yang menyediakan perkhidmatan.

3

Di manakah Kursus Asas Pengendalian Makanan boleh didapati?

Di mana-mana agensi yang menyediakan perkhidmatan.

4

Berapa lamakah tempoh sah laku kursus asas pengendali makanan?

Kursus yang dihadiri selepas tahun 2009 sah seumur hidup.

5

Jika premis makanan ditutup, di manakah Kursus Asas Pengendalian Makanan perlu dihadiri?

Agensi yang dilantik oleh MBSJ mengikut zon yang ditetapkan.

6

Berapakah markah premis makanan yang ditutup?

Bawah 65 yang mengambarkan keadaan kebersihan premis yang tidak memuaskan.

7

Berapa lamakah tempoh penutupan premis makanan?

Minimum 3 hari, maksimum 14 hari. Permohonan untuk membuka semula premis  yang ditutup perlu dibuat secara bertulis kepada Jabatan Kesihatan MBSJ.

8

Bagaimanakah premis dinilai dalam Sistem Pengkategorian?

Ia dinilai berdasarkan aspek pengendalian dan keselamatan makanan, kebersihan pengendali makanan, kebersihan premis, dan struktur premis.

9

Bagaimakah penetapan kategori diberi?

A ‑  90-100, B ‑ 80 ‑ 89, C ‑ 66-79, D ‑ 0-65

10

Apakah yang perlu dilakukan oleh pemilik premis jika mendapat kategori B & C?

Pengusaha boleh membuat permohonan pemeriksaan semula untuk dinaikkan taraf ketegori dan perlu mematuhi Notis Pembersihan premis makanan yang diberi.

11

Adakah penguasaha premis perlu mengadakan kawalan makhluk perosak lipas, lalat dan tikus (lilati)?

Ya, pengusaha kedai makanan / restoran mestilah bebas dari infestasi haiwan dan serangga pembawa penyakit dan tidak menyimpan atau membiarkan  haiwan peliharaan seperti anjing, kucing dan sebagainya berkeliaran di premis.

12

Apakah yang dimaksudkan dengan kebersihan ruang dapur?

Lantai  dan  dapur perlu sentiasa bersih dan kering, permukaan meja untuk penyediaan makanan perlu sentiasa kering, bersih & sesuai, mempunyai cerobong asap dan perangkap sisa gris yang diselenggara dengan baik.

13

Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan sisa pepejal yang sempurna?

Penguasaha perlu menyediakan tong sampah yang sempurna ( berpenutup dan berplastik), sesuai dan mencukupi mengikut keperluan jenis perniagaan.

14

Bagaimanakah keadaan bilik stor premis yang baik?

Rak-rak hendaklah sekurang-kurangnya 20cm dari lantai, barang-barang makanan disusun dengan kemas & bersih dan tidak meletakkan bahan kimia & bahan pencuci.

15

Bolehkah meletakkan kerusi/meja/stall di kaki lima premis?

Boleh dengan syarat harus mendapatkan permit sementara daripada MBSJ. Permohonan permit tersebut boleh diperolehi dengan mendapatkan borang permohonan di Kaunter I dan menghantar permohonan di Kaunter Bersepadu MBSJ, kemudian permohonan tersebut akan disemak oleh Jabatan Pelesenan untuk mendapatkan kelulusan.

16

Bolehkah aktiviti pencucian dan penyediaan makanan dilakukan di lorong belakang / mana-mana kaki lima premis?

Tidak boleh sama sekali.

17

Apakah keperluan yang harus dipatuhi untuk menjalankan perniagaan premis makanan?

Segala kriteria untuk perniagaan premis makanan terdapat di dalam Buku Garis Panduan untuk Premis Makanan yang boleh diperolehi di Kaunter Bersepadu, Bangunan MBSJ dengan harga RM10.00.

BAHAGIAN VEKTOR

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Apakah aktiviti yang dijalankan oleh unit ini?

Unit ini menjalankan aktiviti Pemeriksaan Pembiakan Aedes (PPA) dan semburan pengwasapan (fogging) di sekolah-sekolah, pameran dan ceramah berkenaan kesihatan, pemeriksaan tandas awam dan lain-lain program di Jabatan Kesihatan.

2

Bagaimanakah untuk mendapatkan perkhidmatan semburan pengwasapan di sekolah?

Permintaan untuk aktiviti ini boleh dilakukan dengan menghubungi Jabatan Kesihatan MBSJ di talian 03-80237595.Sambungan 131 atau melalui emel ke laman web MBSJ atau secara bertulis dan di alamatkan ke Pengarah Jabatan Kesihatan, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Persiaran Perpaduan USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor.

3

Apakah tindakan pihak MPSJ jika berlakunya kes penyakit berjangkit bawaan makanan, air dan udara?

Kes akan dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling untuk tindakan selanjutnya.

4

Pada waktu bilakah semburan pengwasapan dijalankan di sekolah?

Aktiviti ini biasanya dilakukan pada jam 6.30  petang hingga 7.30 petang.

5

Apakah  perbezaan  diantara  penyakit Demam Denggi dengan Demam Chikugunya

Perbezaannya adalah dari segi simpton penyakit Demam Denggi adalah demam yang berlarutan manakala demam Chikugunya adalah demam berlarutan dan sakit sendi yang terok sehingga tidak mampu untuk berjalan.

6

Adakah bayaran dikenakan ke atas aktiviti fogging oleh MBSJ?

Tidak. Perkhidmatan adalah secara percuma.

7

Adakah permohonan untuk fogging akan dilayan oleh pihak MBSJ?

Bergantung kepada kes semasa dan kajian Aedes yang dijalankan.

8

Kenapa pilih kasih berlaku semasa pemeriksaan Aedes dijalankan di premis kediaman?

Tiada pilih kasih. Kemungkinan premis yang diperiksa adalah berpenghuni dan yang tidak diperiksa tiada penghuni / rumah kosong. Walau bagaimanapun lawatan susulan akan dibuat.

9

Bagaimana hendak mengenalpasti pegawai dari Jabatan Kesihatan MBSJ?

Setiap pegawai yang dilantik secara bertulis dan diwakili dengan kad kuasa. Keraguan untuk kenalpasti pegawai boleh dikenali dengan mengemukakan kad kuasa dan pengesahan melalui panggilan telefon ke Jabatan Kesihatan.

10

Kenapa MBSJ lambat mengambil tindakan sehingga ada kes kematian telah berlaku?

Pengesahan kematian dilakukan oleh pihak hospital.

11

Bolehkah pihak majlis melayani fogging di premis perniagaan, gudang-gudang, pejabat dan kilang?

Tidak, kecuali jika terdapat kes demam denggi yang dilaporkan secara sah oleh pihak berwajib. Bagi premis perniagaan, hendaklah melantik ‘pest control’ sendiri.

12

Apakah waktu munasabah bagi sesuatu aktiviti dijalankan oleh Jabatan Kesihatan seperti cuti umum dan waktu malam?

Waktu yang dibolehkan untuk menjalankan sebarang aktiviti kawalan vektor adalah dari 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

13

Adakah bahan kimia yang digunakan semasa fogging merbahaya kepada kesihatan awam?

Bahan  kimia yang digunakan oleh MBSJ telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

14

Adakah pihak MBSJ memberi arahan penutupan kepada mana-mana premis yang membiak jentik-jentik ?

Ya, peruntukan kuasa di bawah Seksyen 8, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa  Penyakit 1975 (Pindaan 2000).

15

Bagaimana hendak mengenalpasti kontraktor swasta  yang membuat fogging secara sah dan meminta bayaran daripada penduduk?

Pengesahan boleh dibuat dengan Jabatan Kesihatan MBSJ.

16

Berapa lamakah masa yang disyaratkan untuk penutupan  premis?

Selama 14 hari kecuali setelah semua kehendak dan syarat-syarat di dalam notis telah dipatuhi.

17

Mengapa perlunya semburan fogging dijalankan di dalam rumah?

Memberi impak yang besar dalam kawalan demam denggi dengan membunuh nyamuk dewasa bervirus  yang dikhuatiri masih berada di dalam rumah.

18

Adakah nyamuk aedes boleh membiak di dalam longkang?

Bergantung kepada aliran air longkang dan kualiti air longkang berkenaan.  Nyamuk aedes boleh membiak di dalam air jernih.

19

Kompaun kesalahan membiak jentik-jentik aedes tidak boleh dikurangkan.

 i   Kesalahan membiak jentik-jentik aedes boleh menyebabkan wabak  demam   denggi dan kematian.

ii   Adalah menjadi polisi MBSJ untuk tidak mengurangkan kompaun jenis kesalahan ini.

UNIT KESIHATAN PERSEKITARAN

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Bagaimanakah untuk mendapatkan perkhidmatan pameran dan ceramah?

Permintaan aktiviti ini boleh dilakukan dengan membuat permohonan bertulis kepada Jabatan Kesihatan atau di buat melalui Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

2

Bagaimanakah untuk mendapatkan abate (racun jentik-jentik)?

Abate boleh diperolehi secara percuma melalui program dan pameran yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan, MBSJ. Selain itu, melalui surat yang dialamatkan kepada Jabatan Kesihatan,MBSJ atau melalui Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan sekolah. Selain itu, abate juga boleh diperolehi melalui  Pejabat Kesihatan Daerah Petaling secara percuma untuk kegunaan sendiri. Abate juga boleh dibeli di kedai barangan logam (hardware).

BAHAGIAN KACAUGANGGU

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1

Berapa ekor anjing boleh dibela dalam sebuah rumah?

Rujuk risalah berdasarkan keluasan
<1000 meter persegi = tidak melebihi 2 ekor
>1000 meter persegi = 4 ekor maksima

2

Sekiranya  lencana  anjing  hilang,  apakah yang perlu dilakukan?  

Lencana boleh diganti dengan bayaran RM10.00 dengan syarat:

•Pemilik boleh mengemukakan sebarang dokumen berkaitan sebagai bukti, contoh resit bayaran atau Sijil lesen Anjing.

•Semakan dalam Sistem IRMS/IFMS untuk mengesahkan nama dan alamat  pemilik berdasarkan kad pengenalan.

3

Sekiranya anjing saya hilang atau ditangkap oleh MBSJ di mana anjing tersebut  disimpan?

a)  Anjing tersebut disimpan selama 3 hari sebelum dimusnahkan.
b)  Terdapat Pusat Kurungan Haiwan yang terletak di Taman Perindustrian Puchong Utama ,Seksyen 1, 47100 Puchong Selangor.
c)  Anjing boleh dituntut di lokasi tersebut sebelum pukul 5.00 petang setiap hari bekerja.
d)  Walau bagaimanapun, pemilik perlu menjelaskan kompaun dan caj simpanan terlebih dahulu.
e)  Sila hubungi Pembantu Kesihatan Awam yang bertugas di talian 03-80237595. Sambungan 120/134.

4

Adakah sijil suntikan kesihatan ini mematuhi atau masih sah laku?

Jenis suntikan tahunan:
a) Canine distemper
b) Canine Hepatitis
c) Canine parvovirus

5

Apakah jenis anjing yang saya boleh dan tidak boleh pelihara di kawasan MBSJ?

Sila rujuk dalam laman web MBSJ senarai berkaitan.

6

Adakah anjing yang bersaiz kecil perlu memiliki lesen?

Ya.Undang-undaang Kecil Perlesenan Anjing MBSJ 2007 menyatakan semua jenis anjing perlu dilesenkan tanpa pengecualian.

7

Kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Perlesenan Anjing MBSJ 2007

Contoh :

a) Anjing tidak mempunyai lesen
b) Membawa anjing bersiar-siar di tempat awam tanpa pengawalan (diikat).
c) Mengotori /mencemari tempat awam
d) Tidak menjaga kebersihan
e) Tidak dapat mengawal anjing dan menyebabkan kebisingan.

Saya telah diberi kompaun kerana kesalahan a , b , c , d ,e .Saya telah membuat rayuan tetapi rayuan ditolak.

Orang kena kompaun perlu membayar nilai kompaun yang ditetapkan jika rayuan ditolak pegawai.

8

Saya tidak mahu membayar kompaun?

Setiap kompaun yang tidak dibayar akan didaftarkan kes ke mahkamah.

9

Sekiranya pemilik anjing baru berpindah dari PBT lain dan masih mempunyai lesen anjing dari PBT berkenaan,adakah perlu memohon lesen anjing MPSJ?

Ya. Lesen Anjing adalah berdasarkan alamat premis kediaman , pemilik anjing. Oleh itu, pemilik perlu memohon semula. Walau bagaimanapun, sijil suntikan yang sah laku boleh digunakan.

10

Bilakah permohonan lesen anjing untuk tahun berikutnya boleh dibuat?

Setiap 1 Disember untuk tahun sebelumnya.

11

Bilakah tempoh tamat lesen anjing?

Mengikut Peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing MBSJ 2007 menyatakan tamat tempoh lesen anjing pada setiap 31 Disember bagi tahun tersebut.