JABATAN KONTRAK & UKUR BAHAN |
||
BIL |
SOALAN |
JAWAPAN |
1 |
Bagaimana untuk mendaftar? |
Pendaftaran memerlukan anda |
2 |
Adakah dikenakan yuran pendaftaran dan berapa jumlah yang perlu dibayar? |
Ya, setiap pendaftran dikenakan yuran pendaftaran dengan harga RM 100.00. |
3 |
Selepas mendaftar di web, apakah langkah-langkah selanjutnya yang perlu kontraktor lakukan? |
Kontraktor perlu membawa dokumen asal syarikat seperti sijil kementerian kewangan, CIDB, PKK, borang pendaftaran syarikat 9, 13, D serta salinan untuk diserahkan kepada agensi. |
4 |
Saya ada masalah. Kepada siapa yang boleh saya hubungi ? |
•Jika anda ada masalah berkenaan pendaftaran. Anda boleh hubungi agensi-agensi yang terlibat dengan melihat kategori agensi. Tercatat alamat dan nombor telefon untuk maklumat lanjut. •Jika masalah berkenaan sistem, anda boleh menggunakan borang "Hubungi Kami". Kami akan menyelesaikan masalah seberapa segera. •Saya tidak boleh membeli tender. "Anda tidak layak untuk membeli tender ini, sila lihat kelayakan pada profil anda"Anda mungkin tidak mempunyai kelayakan yang dikehendaki untuk membeli tender tersebut. Sistem akan memeriksa kelayakan syarikat anda, jika tidak layak, mesej tersebut akan dikeluarkan. |
5 |
Bagaimana untuk meluluskan setiap kontraktor yang telah berdaftar? |
Setelah disahkan dokumen kementerian kewangan, CIDB, PKK agensi perlu memasukkan kod-kod bidang berkenaan untuk kementerian kewangan, CIDB atau PKK. |
6 |
Adakah perlu pembaharuan pendaftaran? |
Ya, pendaftaran hanya sah dalam tempoh setahun dari tarikh kelulusan dan pembaharuan perlu dibuat dengan kadar yang sama RM 100.00. |
7 |
Apakah dokumen-dokumen yang perlu agensi simpan sebagai rekod? |
Agensi perlu mencipta satu fail untuk setiap kontraktor yang telah berdaftar dengan portal tender online ini dan menyimpan salinan sijil kementerian kewangan, CIDB, PKK dan borang 9, 13 @ D yang wajib dibekal oleh kontraktor ketika hadir ke agensi untuk membuat pengesahan. |
8 |
Apa yang perlu dilakukan oleh agensi apabila menerima kunjungan kontraktor? |
Agensi perlu menyemak dan mengesahkan semua sijil-sijil kementerian kewangan, CIDB, PKK & borang pendaftaran syarikat adalah sah. |
9 |
Bagaimana cara untuk membeli Tender / Sebutharga di MBSJ? |
Pembelian Tender / Sebutharga dilakukan secara on-line di laman sesawang ; http://tender.selangor.gov.my. |
10 |
Bagaimana cara untuk ‘up-date’ maklumat syarikat, PKK, CIDB dan MOF? |
‘Up-date’ maklumat syarikat dilakukan secara on-line di laman sesawang ; http://tender.selangor.gov.my. |
11 |
Di manakah kontraktor boleh menyemak ‘ranking’ pentender yang memasuki kerja-kerja di MBSJ? |
Kontraktor boleh menyemak ‘ranking’ secara on-line di laman sesawang ; http://tender.selangor.gov.my. |
12 |
Di manakah kontraktor boleh menyemak keputusan pentender Berjaya bagi kerja-kerja di MBSJ? |
Kontraktor boleh menyemak keputusan pentender Berjaya secara menual dengan melihat di papan tanda di Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan, Aras Dua, MPSJ atau secara on-line di laman sesawang ; http://tender.selangor.gov.my |
13 |
Apakah dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran tender on-line? |
Sijil pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) , Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Kewangan Malaysia (MOF) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). |
14 |
Adakah pentender yang tidak berdaftar dengan UPEN akan gagal di peringkat pertama di dalam proses penilaian? |
Ya, pentender yang tidak berdaftar dengan UPEN akan gagal di peringkat pertama tanpa akan dinilai untuk peringkat seterusnya. |
MS