1. Garis Panduan Pelaksanaan Program Kutipan Caj Beg Plastik Di Negeri Selangor
Garis panduan bagi pelaksanaan Program Kutipan Caj Beg Plastik Negeri Selangor ini disediakan bertujuan sebagai asas panduan serta rujukan bagi pematuhan kepada semua premis perniagaan yang dikategorikan terlibat dengan pelaksanaan kempen tersebut. Tatacara ini juga bertujuan menyediakan panduan kepada semua pihak berkepentingan (stakeholders) bagi pelaksanaan kempen secara bersepadu dan holistik.
MUAT TURUN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KUTIPAN CAJ BEG PLASTIK DI NEGERI SELANGOR
2. Kaedah Pelaksanaan
1. PENDAFTARAN
1.1 Kategori yang di wajibkan adalah bagi aktiviti seperti berikut :
- Pasaraya besar
- Pasaraya /pasar mini/kedai serbaneka/kedai rangkaian
- Restoran/kafeteria/kedai makan
- Farmasi / barang kesihatan / penjagaan diri
- Lain-lain ( cth: kedai aksesori, kedai pakaian, kedai alat perhiasan / kelengkapan rumah, kedai kasut, dan lain-lain berkaitan)
1.2 Borang dan dokumen sokongan
- Borang CPBP-A
- Salinan Lesen Perniagaan yang sah
2. SERAHAN KUTIPAN
2.1 Jadual serahan kutipan mengikut tempoh adalah seperti berikut:-
TEMPOH | TARIKH AKHIR BAYARAN |
JANUARI HINGGA MAC | SEBELUM 15 APRIL |
APRIL HINGGA JUN | SEBELUM 15 JULAI |
JULAI HINGGA SEPTEMBER | SEBELUM 15 OKTOBER |
OKTOBER HINGGA DISEMBER | SEBELUM 15 JANUARI |
2.2 Tatacara Pembayaran
- Lengkapkan borang CPBP-B ( Serahan Kutipan Caj Beg Plastik)
- Emailkan borang tersebut kepada azlin.ibrahim@mbsj.gov.my untuk proses penyediaan bil bayaran
- Borang dan dokumen sokongan
i. Borang CPBP-B
ii. Dokumen sokongan penyata kutipan
Cth: point of sales @ Atau ( bagi syarikat yang melebihi 1 outlet)
iii. Dokumen sokongan penyata kutipan
Cth: point of sales (masterlist)
Contoh :
NAMA SYARIKAT |
NO RUJUKAN LESEN MPSJ | NO PENDAFTARAN PROGRAM KUTIPAN CAJ BEG PLASTIK N. SELANGOR |
JUMLAH KUTIPAN (mengikut bulan) |
JUMLAH | ||
Jan | Feb | Mac | ||||
2.3 Pembayaran boleh dilakukan melalui 2 kaedah
Medium Pembayaran
1. Secara Atas Talian – menggunakan aplikasi EzyMBSJ (pembayaran tanpa log masuk)
- Online banking
- Debit / Credit Card
- E-wallet
2. Bayaran di Kios
- BANK DERAF ( atas nama Majlis Bandaraya Subang Jaya)
- DEBIT / CREDIT KAD
- TUNAI
- BANKERS CHEQUE ( atas nama Majlis Bandaraya Subang Jaya) - Cek syarikat TIDAK DITERIMA
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Puan Azlin di talian
03-80264322 / email azlin.ibrahim@mbsj.gov.my