Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 (Penggantian)
Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 (Penggantian) ataupun RTSJ 2035 merupakan dokumen pelan pembangunan yang mengandungi peta cadangan dan pernyataan bertulis serta disokong oleh garis panduan perancangan. Ianya disediakan mengikut peruntukkan undang-undang yang terkandung di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). RTSJ2035 ini telah diberi kelulusan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3/2020 bertarikh 23 Oktober 2020 dan mendapat persetujuan Pihak Berkuasa Negeri Selangor melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) Selangor Darul Ehsan Ke-37/2021 bertarikh 3 November 2021. Fakta persetujuan warta RTSJ2035 ini adalah No.Warta - Sel G.N 1920/2022 pada 26 Mei.
Halatuju Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 (Penggantian)
Visi merupakan kenyataan atau pendangan mahupun matlamat yang ingin dicapai oleh MBSJ sama ada dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Ia bertujuan sebagai asas dan panduan kepada MBSJ dalam memilih tindakan dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul. Visi RTSJ2035 ialah Bandar Mampan Yang Memberi Pilihan Dan Peluang (A Sustainable City Of Choice And Opportunity).
Tujuan Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 (Penggantian)
RTSJ2035 ini disediakan bagi menterjemah dasar-dasar yang terkandung di dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan Struktur Negeri Selangor (RSN) bagi panduan dan kawalan pembangunan bagi seluruh kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) iaitu MBSJ. Selain itu, RTSJ2035 juga telah mengambilkira dan merangkumkan dasar-dasar antarabangsa dan nasional seperti Sustainable Development Goals (SDG), Agenda Bandar Baru (New Urban Agenda) dan Dasar Perbandaran Negara Ke-2 (DPN 2).
RTSJ 2035 disediakan untuk : | |
1 | Untuk menggantikan Rancangan Tempatan Majlis Pempatan Subang Jaya 2020 yang tamat tempoh pada tahun 2020 supaya rancangan tempatan ini lebih efektif, infomatif dan terkini; |
2 | Untuk menyediakan Rancangan Tempatan yang selaras dengan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 dan Pelan Strategik MBSJ; |
3 | Untuk mengambilkira dasar-dasar dan garis panduan pembangunan terbaru di peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri Selangor ; |
4 | Untuk menyediakan maklumat pembangunan yang komprehensif seperti maklumat guna tanah, demografi, infrastruktur dan utiliti, kemudahan masyarakat, dan reka bentuk bandar bagi kegunaan pihak-pihak berkepentingan ; |
5 | Untuk mengenalpasti kawasan-kawasan yang berpotensi bagi pembangunan semula dan pembaikan reka bentuk bandar ; |
6 | Untuk menyediakan garis panduan dan rancangan pembangunan untuk menjadikan MBSJ sebuah perbandaran mampan dan bertaraf antarabangsa. |
RTSJ 2035 ini telah dipersetujui oleh mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan Ke 37/2021 bertarikh 3 November 2021, yang disahkan oleh MMKN Ke 38/2021 pada 10 November 2021. RTSJ2035 disediakan dalam 4 jilid yang berasingan iaitu: | |
1 | JILID 1: Peta Cadangan & Pernyataan Bertulis |
2 | JILID 2: Kawalan Pembangunan |
3 | JILID 3: Strategi & Tindakan Pembangunan |
4 | JILID 4: Garis Panduan Pembangunan |
Dokumen RTSJ2035 ini boleh diperiksa di Tingkat 3, Jabatan Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Subang Jaya dalam waktu pejabat. |