MS

Pembersihan Rumah Kosong dan Tanah Kosong

Definisi Pembersihan Rumah Kosong

Pembersihan Rumah Kosong akan dijalankan apabila wujudnya keadaan di mana terdapat tanaman dan pokok hiasan yang tidak diselenggara atau dijaga dengan baik, semak-samun dan tumbuhan liar, sehingga menyebabkan kacauganggu kepada penglihatan, yang menjadi tempat pembiakan dan perlindungan haiwan berbisa dan serangga pembawa penyakit atau menjejasan keselamatan hak-hak penduduk umumnya.

Definisi Pembersihan Tanah Kosong

Pembersihan Tanah Kosong akan dijalankan apabila wujudnya keadaan di mana terdapat semak-samun dan tumbuhan liar yang menyebabkan kacauganggu kepada penglihatan, yang menjadi tempat pembiakan dan perlindungan haiwan berbisa dan serangga pembawa penyakit atau menjejaskan keselamatan hak-hak penduduk umumnya.
Jenis-jenis kacauganggu yang berpunca dari rumah atau tanah kosong yang ditinggalkan :
- Semak samun
- Tempat pembiakan haiwan dan serangga berbahaya seperti ular dan nyamuk Aedes
- Tempat pembuangan sampah haram
- Tempat pengumpulan barang lusuh / kitar semula

Apakah Tanggungjawab Yang Perlu Dilakukan Oleh Pemilik Rumah Atau Tanah Kosong

1. Memastikan kawasan persekitaran rumah dibersihkan dan tidak mendatangkan kacauganggu kepada jiran sekeliling.
2. Menjalankan kerja-kerja pembersihan semak samun (tanah kosong) secara berkala iaitu sebulan sekali dengan cara membersihkan, memotong, mencakar, meracun dan memasukkan di dalam plastik sampah dengan cara meletakkan plastik di dalam kebuk / rumah sampah / tong sampah di hadapan rumah atau melupuskan di tapak pengkomposan (PKPS) di Bukit Puchong, Puchong.

Apakah Peranan MBSJ

1. Notis Kacauganggu / Notis Pentadbiran akan dikeluarkan kepada pemilik rumah / tanah kosong tersebut. Pemilik rumah / tanah kosong diberi tempoh 14 hari untuk membersihkan rumah / tanah kosong tersebut.
2. SEKIRANYA GAGAL, Majlis akan membuat kerja-kerja pembersihan tersebut dan pemilik bertanggungjawab untuk membayar semua kos pembersihan oleh majlis. Kos pembersihan tersebut akan dimasukkan ke dalam bil cukai pintu.
3. Majlis selepas ini akan terus menjalankan kerja-kerja pembersihan secara berkala tanpa pemberian notis lanjut dan kos pembersihan akan dimasukkan ke dalam bil cukai pintu.

Kadar Bayaran Kos Pembersihan

Pengiraan kos tuntutan yang baru bermula 1 Januari 2019 adalah mengikut nilai semasa kerja-kerja pembersihan + 5% kos pengurusan . Untuk setiap kos pembersihan rumah kosong dan tanah kosong akan di tuntut mengikut keperluan di tapak seperti berikut : 

BilPerkara Bilangan HariHarga (RM)
1Pekerja (PRA)150.00
2Lori + pemandu + kos pelupusan1250.00
3Backhoe + pemandu1500.00

CONTOH KIRAAN

BilPerkaraBilangan pekerjaPenggunaan jenteraBil hariKos Pengurusan (RM)Jumlah
1Rumah kosong (tepi)3 x RM 50.00Lori - RM 250.00120.00RM 420.00
2Tanah lot (lalang sahaja)4 x RM 50.00Lori - RM 250.00122.50RM 472.50
3Tanah lot (pokok-pokok)4 x RM 50.00Lori + backhoe (RM 250.00 + RM 500.00)147.50RM 997.50
Total votes: 0