MS

Sampah Industri

Sampah atau apa-apa bahan buangan hasil daripada perindustrian atau perdagangan ("by product") adalah tidak termasuk dalam skop kerja yang dikendalikan dibawah kawal selia Majlis. Pamplet Pengurusan Sisa Industri boleh didapati di Jabatan Pengurusan Alam Sekitar

Perkhidmatan kutipan sampah di kawasan industri dan komersial hanya melibatkan kutipan sampah domestik sahaja. Hasil aktiviti perniagaan / sisa industri, kerja - kerja pembersihan / kutipan adalah dibawah tanggungjawab pemilik premis sendiri. Pemilik dikehendaki melantik kontraktor pembersihan sendiri bagi memastikan sisa industri tersebut dibuang di tempat yang dibenarkan. Segala kos hanya melibatkan pemilik dan kontraktor lantikan tanpa melibatkan pihak Majlis.

Bagi bahan buangan yang berbahaya, bertoksid dan sampah klinikal hendaklah dibuang di Kualiti Alam Bukit Nanas, Negeri Sembilan dan diuruskan sendiri oleh syarikat atau premis terbabit.


Pengurusan Sisa Industri dan Perdagangan MBSJ

1. Definisi - Sisa perindustrian dan perdagangan (di bawah pemantauan Pihak Berkuasa Tempatan) ialah apa-apa sisa yang dihasilkan semasa aktiviti perindustrian. ini termasuk semua bahan yang sudah tidak digunakan lagi hasil proses pembuatan dan aktiviti jual beli. Sisa jenis ini tidak termasuk dalam kategori Buangan Terjadual. Contoh sisa perindustrian dan perdagangan ialah palet kayu, polisterin, reja-reja besi, plastik, kotak dan sebagainya.

2. MBSJ telah melantik kontraktor panel sisa industri (2017 - 2019). Penyertaan dibuka kepada mana-mana kontraktor yang berminat dan mempunyai KEUPAYAAN untuk memberi perkhidmatan pelupusan sisa industri dan perdagangan di kawasan pentadbiran MPSJ.

3. Kelulusan menjadi panel ini TERTAKLUK kepada kemampuan dan keupayaan pihak kontraktor iaitu memiliki logistik yang mencukupi (lori, tong roro, depoh), tenaga kerja dan lokasi pelupusan sisa diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Selangor.

4. Bagi Pembaharuan Lesen Perniagaan MBSJ , senarai kontraktor panel sisa industri telah mula digunapakai dan dijadikan syarat  pembaharuan lesen perniagaan  bagi semua pengusaha industri dan perdagangan di kawasan MBSJ.

5. Bagi menangani masalah pelupusan sampah industri dan perdagangan yang tidak teratur serta memastikan sisa industri dilupuskan dengan cara yang betul, setiap pengusaha/pemegang lesen perindustrian dan komersial (yang berkaitan) DIWAJIBKAN untuk melantik kontraktor daripada senarai Kontraktor  Panel Sisa Industri MBSJ.

6. Kategori industri dan perdagangan yang terlibat adalah:
i.  Industri - semua jenis industri
ii. Perdagangan - semua jenis perdagangan

UUK 12 Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan 


Peruntukan Undang - Undang

Sampah Sarap (MBSJ) 2007 menyatakan:
“pembuangan atau pelupusan buangan perindustrian atau buangan perdagangan hendaklah di tempat longgokan sampah yang diselenggara oleh Majlis atau dengan cara yang ditetapkan oleh Majlis” .Pihak Majlis telah menetapkan penggunaan Kontraktor Panel Sisa Industri & Perdagangan MBSJ sebagai cara pengurusan sisa perindustrian dan perdagangan di seluruh kawasan pentadbiran MBSJ. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan lesen perniagaan tidak diperbaharui dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah (MBSJ) 2007

Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM 500 atau denda tidak melebihi RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya. Denda RM 200 bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan.  
 


Senarai Kontraktor Panel Sisa Industri & Perdagangan MBSJ

Anda boleh berurusan dengan mana-mana kontraktor berikut. Semua urusan bayaran/caj perkhidmatan adalah antara pihak pengusaha dengan kontraktor yang dilantik.
Total votes: 0