Penguatkuasaan
Peruntukan undang-undang yang digunapakai dalam aktiviti penguatkuasaan adalah seperti berikut:Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2007 |
||
Pemilik Rumah | UUK 6 menyatakan |
Tuanpunya atau penghuni tiap-tiap rumah atau bangunan hendaklah mempunyai tong sampah yang sesuai dan mencukupi dengan tudung yang rapat dan mengikut jenis yang ditentukan dan diluluskan oleh Majlis dan hendaklah diselenggara dalam keadaan baik oleh penghuni. |
UUK 7(1) menyatakan: |
Semua sampah-sarap isi rumah hendaklah diisi dalam beg-beg plastik dan diikat kuat-kuat sebelum dimasukkan kedalam tong sampah |
|
Kediaman Bertingkat | UUK 8(1) menyatakan: |
Dibangunan berbilang tingkat, di mana pengelongsor sampah telah disediakan, perbadanan pengurusan bangunan atau jika tidak ada perbadanan seperti ini, penduduk bangunan itu hendaklah menyedia dan mengadakan tong sampah yang mana hendaklah diletakkan di dalam kebuk sampah. |
Sampah Kawasan Industri | UUK 12 menyatakan: |
Apa-apa buangan perindustrian atau buangan perdagangan hendaklah dilupuskan oleh badan-badan perindustrian atau perdagangan yang berkenaan dimana-mana satu tempat sampah yang diselenggarakan oleh Majlis atau dengan cara yang diarahkan oleh Majlis. |
Akta Kerajaan Tempatan, 1976 | |
Sek. 69 |
Melakukan kacauganggu dalam anak sungai atau parit awam |
Sek. 81 (1) |
Notis mengkehendaki kacauganggu dihapuskan |
Sek. 81 (a) |
Mana-mana premis atau mana-mana bahagiannya dari sesuatu binaan atau dalam sesuatu keadaan yang boleh menjadikan kacauganggu |
Sek. 81 (b) | Apa-apa timbunan atau ledakan yang mana adalah suatu kacauganggu atau adalah atau mungkin menjadi sesuatu tempat pembiakan bagi nyamuk atau apa-apa vermin |
Sek. 82 (5) | Tidak mematuhi Notis Kacauganggu |
Akta Jalan Parit dan Bangunan, 1974 | |
Sek. 46(1)(d) & (e) |
Menyebab dan meletakkan barangan berhubung trade di tempat awam - pallet |
Sek. 46(1)(f) |
Menyebab diletakkan sampah di tempat awam (banyak) |
Sek. 47 (1)(a) |
Meletakkan atau membuang sampah atau lain-lain barang di tempat awam |
Sek. 47 (1)(d)(e) | Menumpahkan cecair kotor melarut ke tempat awam sampah dari kenderaan yang sedang berhenti |
Sek. 47 (1)(e) | Menumpahkan sampah sarap di tempat awam dari kenderaan yang berhenti atau bergerak |