MS
Kutipan Sampah Pukal Berbayar
Mulai 1 April 2017, MBSJ menjalankan kutipan sampah pukal berbayar bagi kawasan kediaman (landed property) di semua kawasan dalam Majlis Bandaraya Subang Jaya. Berikut adalah caj perkhidmatan sampah pukal berbayar (tidak termasuk SST):
- RM 30 (Caj Minima)
- RM 50 (1/3 Lori)
- RM 100 (1/2 Lori)
- RM 150 (1 Lori)
Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi pihak MBSJ di talian 03-80267433 / 4363 /7431 / 3182
*Sampah pukal adalah barang-barang rumah, komersil dan industri yang tidak digunakan lagi atau yang telah rosak seperti perabot, barangan elektrik dan berbagai peralatan rumah yang lain.